Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Johor Tumpaskan Kumpulan Curi Motor Geng Black

Published: 16 Jun 2014 1.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
JOHOR BAHARU, 24 Ogos (Bernama) -- Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal 'Geng Black' yang beroperasi di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini dengan penahanan lapan anggota kumpulan itu, m..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-tumpaskan-kumpulan-curi-motor-geng-black
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 03:29 MYT

JOHOR BAHARU, 24 Ogos (Bernama) -- Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal 'Geng Black' yang beroperasi di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini dengan penahanan lapan anggota kumpulan itu, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata mereka yang berumur antara 16 dan 40 tahun itu ditahan dalam lima serbuan bermula Selasa hingga Ahad lepas di sekitar bandar raya ini dan Taman Johor Jaya, Seri Alam.

"Melalui lima serbuan itu, polis berjaya merampas lima buah motosikal jenis Yamaha LC, tiga rangka dan tiga enjin motosikal jenis yang sama. Kesemua motosikal terbabit dilaporkan hilang di sekitar bandar raya ini tahun ini," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, di sini Selasa.

Zainuddin berkata polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk membuka kunci dan menghidupkan motosikal yang dicuri berkenaan.

Siasatan mendapati kumpulan itu menggunakan kunci allen yang ditajamkan di bahagian depan untuk menghidupkan enjin motosikal terbabit, kata beliau.

"Polis percaya kumpulan ini telah melakukan sekurang-kurangnya 20 kes curi motosikal di sekitar bandar raya ini. Polis kini mengesan 10 lagi motosikal yang dicuri oleh kumpulan tersebut yang telah berjaya dijual," katanya.

Kesemua lelaki berkenaan katanya, kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

ArticlePublished 16 Jun 2014 1.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM