Polis Johor Tumpas Kumpulan Samun Dan Pecah Rumah Selesai 2
Johor
Bahru, 19 Dis - Polis memberkas empat suspek termasuk seorang wanita
yang dipercayai aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah di sekitar
bandar raya ini sejak awal tahun ini.
Ketua
Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang
berusia antara 25 dan 47 tahun itu diberkas dalam serbuan di sebuah
rumah di Jalan Kebun Teh, pukul 3 petang Isnin lepas.
Dengan
penangkapan ini polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 23
kes samun dan pecah rumah membabitkan suspek sepanjang tahun ini,
katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Katanya
daripada tangkapan itu polis menemui pelbagai barangan, dipercayai
hasil samun kumpulan terbabit selain wang tunai RM5,053.
Kesemua
mereka ditahan reman sehingga 23 Dis ini bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan
bersenjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Kes juga disiasat mengikut Seksyen 457 kanun sama iaitu pecah rumah yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun.
Sumber : BERNAMA