Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Johor Jumpa Syarikat Kawal Keselamatan Susulan Kejadian Amuk

Diterbitkan: 20 Apr 2015 3.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Baharu, 20 April - Polis Johor hari ini mengadakan perjumpaan dengan 14 syarikat kawalan keselamatan berikutan kejadian amuk melibatkan seorang pengawal keselamatan di sebuah bank, di Taman Molek, di sini, Jumaat lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-jumpa-syarikat-kawal-keselamatan-susulan-kejadian-amuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT

Johor Baharu, 20 April - Polis Johor hari ini mengadakan perjumpaan dengan 14 syarikat kawalan keselamatan berikutan kejadian amuk melibatkan seorang pengawal keselamatan di sebuah bank, di Taman Molek, di sini, Jumaat lepas.

Menurut laman Facebook Polis Johor, perjumpaan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, dan dipengerusikan Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Ismail Yatim.

Mesyuarat itu membincangkan pelbagai perkara termasuk prosedur pengambilan pengawal keselamatan, kawal selia semasa penugasan dan prosedur permohonan lesen senjata api.

Ismail berharap semua syarikat kawalan keselamatan dapat menjalin kerjasama baik dengan pihak polis dalam usaha bersama menambahbaik perkhidmatan dan mencegah jenayah.

Turut hadir pada perjumpaan itu, Ketua Cawangan Khas Johor Datuk Ramli Hassan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hasnan Hassan; dan wakil-wakil syarikat keselamatan.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, seorang pegawai bank, Ho Chin Tau, 33, maut ditikam manakala rakan sekerja wanitanya berumur 54 tahun cedera dilibas oleh pengawal keselamatan yang mengamuk secara tiba-tiba.

Polis menahan pengawal keselamatan berusia 44 tahun itu dan dia kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2015 3.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM