Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Johor Bekerjasama Banteras Sindiket Jual Bayi

Published: 17 Jun 2014 2.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Malah, kita juga pernah membuat beberapa tangkapan berhubung kes tersebut yang turut membabitkan seorang doktor pada tahun lalu,' katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan memperingati ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-bekerjasama-banteras-sindiket-jual-bayi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:09 MYT

Muar, 23 Feb - Polis Johor akan bekerjasama dengan polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia berikutan penemuan semula 22 orang bayi dan kanak-kanak di beberapa buah negeri termasuk dari negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebelum ini polis Johor juga turut membantu membuat beberapa tangkapan mereka yang disyaki dalang dalam sindiket menjual bayi dan kanak-kanak di Johor.

"Malah, kita juga pernah membuat beberapa tangkapan berhubung kes tersebut yang turut membabitkan seorang doktor pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan memperingati peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong di perkarangan pondok polis itu, di sini hari ini.

Katanya walaupun berniat baik, tetapi perbuatan membeli anak angkat daripada sindiket tertentu adalah salah di sisi undang-undang.

"Sepatutnya mereka boleh mendapatkan anak angkat melalui proses yang sah di sisi undang-undang, bukan bertindak mendapatkannya daripada aktiviti pemerdagangan manusia," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM