Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Johor Bakal Menangkap Pesalah Trafik Selepas 15 Mei

Diterbitkan: 06 May 2015 1.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 5 Mei - Polis akan menangkap individu yang gagal membayar saman trafik terutamanya pesalah yang mempunyai waran tangkap selepas 15 Mei ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johor-bakal-menangkap-pesalah-trafik-selepas-15-mei
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:56 MYT


Johor Bahru, 5 Mei - Polis akan menangkap individu yang gagal membayar saman trafik terutamanya pesalah yang mempunyai waran tangkap selepas 15 Mei ini.

Ketua Polis Trafik Johor Superintendan Baharudin Mat Taib berkata selepas tarikh itu, pihaknya akan mengadakan Op Warta bagi menangkap individu-individu berkenaan.

"Semua pesalah trafik ini boleh pergi ke mana-mana kaunter trafik untuk membuat semakan dan menjelaskan saman yang tertunggak terutamanya mereka yang telah dikeluarkan waran tangkap," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mereka yang telah dikenakan waran tangkap, hanya boleh membayar saman di kaunter trafik manakala saman-saman lain boleh dibuat menerusi laman web MyEG.

"Untuk Johor sahaja, dari tahun 2003 sehingga 2013, waran tertunggak adalah sebanyak 96,526 manakala waran semasa dari tahun lepas sehingga kini adalah sebanyak 53,525 yang menjadikan jumlah keseluruhannya 150,051 saman bernilai RM45 juta.

Setakat ini, sebanyak 1.59 juta saman telah dikeluarkan sejak tahun 2003 bagi seluruh Malaysia, katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 May 2015 1.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM