Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasar Raya Di Miri Rugi Rm474 000 Disamun Perompak

Diterbitkan: 06 May 2015 1.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Miri, 5 Mei - Sebuah pasar raya terkenal di sini kerugian RM474,000 apabila perompak bersenjatakan selaras senapang patah menyamun wang hasil perniagaan yang sedang dibawa oleh pengawal keselamatan untuk disimpan di bank pada pukul 11.55 pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasar-raya-di-miri-rugi-rm474-000-disamun-perompak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:45 MYT


Miri, 5 Mei - Sebuah pasar raya terkenal di sini kerugian RM474,000 apabila perompak bersenjatakan selaras senapang patah menyamun wang hasil perniagaan yang sedang dibawa oleh pengawal keselamatan untuk disimpan di bank pada pukul 11.55 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengawal keselamatan terbabit mengalami kecederaan di telinga kiri kerana dihentak oleh perompak menggunakan belakang senapang, yang kemudiannya terus melarikan diri bersama wang samun tersebut menggunakan skuter.

"Semasa kejadian, pengawal keselamatan tersebut tidak membawa senjata, ini kelemahan dan kelalaian syarikat kawalan keselamatan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan para saksi kejadian suspek yang merompak tersebut dipercayai dua lelaki namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 iaitu rompak berkumpulan dan di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan iaitu rompak bersenjata sehingga menyebabkan kecederaan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 May 2015 1.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM