Polis Jasin Rampas Dadah Bernilai Rm20 000
JASIN,
8 Mac - Polis menahan seorang pemandu lori dan merampas 75 gram dadah
jenis heroin bernilai RM20,000 di kawasan Kemendor Air Kangkong di sini,
semalam.
Ketua
Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata lelaki
berumur 21 tahun itu yang menunggang motosikal ditahan ketika dalam
perjalanan bertemu pelanggan kira-kira 3.30 petang.
"Polis
telah mengintip pergerakan lelaki yang dipercayai bergiat aktif dalam
pengedaran dadah di daerah Jasin ini kira-kira sebulan sebelum sepasukan
anggota polis bertindak menahannya," katanya pada sidang akhbar di sini
hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui 50 paket plastik berisi dadah tersebut di dalam poket seluar lelaki terbabit.
Katanya lelaki itu turut memiliki rekod lampau jenayah dadah dan pernah dijatuhkan hukuman buang daerah.
Muhd
Nur Hishamuddin berkata tangkapan tersebut merupakan yang terbesar di
daerah Jasin dan lelaki tersebut kini direman selama tujuh hari bermula
semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit
kesalahan. - BERNAMA