Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Suspek Ditahan Dipercayai Terlibat Curi Kenderaan Dan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis yang memeriksa rumah itu menemui pelbagai barangan termasuk 14 telefon bimbit, wang tunai RM2,072, dua komputer riba, dua alat pemotong, satu pistol mainan, parang, penukul diubah suai, tiga tel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-suspek-ditahan-dipercayai-terlibat-curi-kenderaan-dan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:42 MYT

Johor Baharu, 11 Mac - Polis percaya berjaya menyelesaikan 11 kes kecurian kenderaan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini selepas menahan empat lelaki dan tiga wanita di sebuah rumah di Taman Setia Tropika, Kempas, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang berum
ur 18 hingga 39 tahun itu ditahan kira-kira 7.15 malam selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara bertindak hasil maklumat orang awam.

"Polis yang memeriksa rumah itu menemui pelbagai barangan termasuk 14 telefon bimbit, wang tunai RM2,072, dua komputer riba, dua alat pemotong, satu pistol mainan, parang, penukul diubah suai, tiga televisyen, empat keping kad pengenalan milik orang lain dan sebuah kereta jenis Mitsubishi Evo 6.5 yang dilaporkan hilang di Nusajaya, di sini," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata lima daripada suspek mempunyai rekod jenayah manakala dua lagi dikehendaki polis atas kesalahan curi, pecah rumah, tipu, dadah dan samun.

Beliau berkata enam daripada mereka juga didapati positif dadah jenis syabu dan kesemua mereka ditahan reman sehingga Rabu ini.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya turut menahan empat lelaki di Jalan Abiad, di sini Isnin lepas, yang dipercayai terlibat dengan 24 kes pecah kenderaan dan lima kes curi kereta di sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata keempat-empat mereka yang berumur 26 hingga 30 tahun itu sebelum itu dilihat mencurigakan di dalam sebuah kereta kira-kira 6.40 petang, di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini.

"Menyedari kehadiran polis, mereka melarikan diri dengan memandu secara berbahaya tanpa mempedulikan arahan polis sebelum akhirnya berjaya ditahan di Jalan Abiad terbabit.

Semakan polis kemudian mendapati kereta itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di kawasan Larkin, di sini pada 26 Feb lepas," katanya.

Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas enam kunci kereta, peralatan mencuri kenderaan dan sepasang plat nombor kenderaan palsu daripada mereka.

Beliau berkata kesemua mereka yang kini direman sehingga esok mempunyai rekod jenayah dan dadah dengan kesemuanya juga didapati positif dadah jenis methamphetamine. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM