Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Jasin Rampas Dadah Bernilai Rm20 000

Published: 17 Jun 2014 2.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Polis telah mengintip pergerakan lelaki yang dipercayai bergiat aktif dalam pengedaran dadah di daerah Jasin ini kira-kira sebulan sebelum sepasukan anggota polis bertindak menahannya,' katanya pada ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-jasin-rampas-dadah-bernilai-rm20-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:02 MYT

JASIN, 8 Mac - Polis menahan seorang pemandu lori dan merampas 75 gram dadah jenis heroin bernilai RM20,000 di kawasan Kemendor Air Kangkong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata lelaki berumur 21 tahun itu yang menunggang motosikal ditahan ketika dalam perjalanan bertemu pelanggan kira-kira 3.30 petang.

"Polis telah mengintip pergerakan lelaki yang dipercayai bergiat aktif dalam pengedaran dadah di daerah Jasin ini kira-kira sebulan sebelum sepasukan anggota polis bertindak menahannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui 50 paket plastik berisi dadah tersebut di dalam poket seluar lelaki terbabit.

Katanya lelaki itu turut memiliki rekod lampau jenayah dadah dan pernah dijatuhkan hukuman buang daerah.

Muhd Nur Hishamuddin berkata tangkapan tersebut merupakan yang terbesar di daerah Jasin dan lelaki tersebut kini direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM