Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Imigresen Buru Pendaki Bogel

Diterbitkan: 04 Jun 2015 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Noor Alam Khan Wahid Khan berkata, tindakan itu dilakukan susulan pihaknya menerima lima nama daripada sepuluh pendaki yang didakwa melakukan tindakan tidak senonoh tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-imigresen-buru-pendaki-bogel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:22 MYT

Kesemua laluan keluar di negeri ini terutamanya di lapangan terbang dikawal ketat bagi mengesan sepuluh pendaki yang melakukan aksi berbogel di kawasan South Peak, Gunung Kinabalu pada 31 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Noor Alam Khan Wahid Khan berkata, tindakan itu dilakukan susulan pihaknya menerima lima nama daripada sepuluh pendaki yang didakwa melakukan tindakan tidak senonoh tersebut.

“Sebaik maklumat dibekal oleh polis pukul 1 petang tadi (semalam), imigresen mengarahkan anggota dan pegawai mengetatkan kawalan di semua laluan keluar negeri ini terutama lapangan terbang bagi mengesan pendaki-pendaki terbabit.

SUMBER : KOSMO

Polis Imigresen Buru Pendaki Bogel

ArtikelDiterbitkan 04 Jun 2015 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM