Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Misteri Enam Lelaki Berparang Di Ttdi Hills

Diterbitkan: 04 Jun 2015 3.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kumpulan lelaki yang dipercayai warga asing itu dilihat pada pukul 4.30 pagi sebelum mereka terus menghilangkan diri kea rah kawasan hutan simpan di Taman Rekreasi Lembah Kiara sebaik terserempak dengan tiga anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misteri-enam-lelaki-berparang-di-ttdi-hills
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:00 MYT

Kawasan perumahan TTDI Hills Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang kebiasaannya tenang bertukar kecoh semalam apabila tiga anggota polis terserempak dengan enam lelaki masing-masing membawa parang berjalan dalam kawasan perumahan itu.

Kumpulan lelaki yang dipercayai warga asing itu dilihat pada pukul 4.30 pagi sebelum mereka terus menghilangkan diri kea rah kawasan hutan simpan di Taman Rekreasi Lembah Kiara sebaik terserempak dengan tiga anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.

Polis terus melancarkan gerakan memburu kumpulan lelaki itu yang dikhuatiri dalam rancangan melakukan jenayah.

SUMBER : KOSMO

Misteri Enam Lelaki Berparang Di Ttdi Hills

ArtikelDiterbitkan 04 Jun 2015 3.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM