Ipoh, 4 Nov - Polis menggempur dua kawasan di Kuala Sepetang dan Kampung Seberang, Taiping, dekat sini, awal pagi semalam dalam Ops Tapis Khas Bersepadu serta berjaya memberkas 19 individu dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah dadah serta merampas dadah jenis heroin, ganja dan syabu.
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak dengan dibantu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) membabitkan 18 pegawai dan 91 anggota.
Sumber: Harian Metro