Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Gempur Enam Sarang Penagih Dadah 81 Ditahan

Published: 24 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 81 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah dalam operasi di sekitar Pokok Sena di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gempur-enam-sarang-penagih-dadah-81-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT

Pokok Sena, 24 Ogos - Polis menahan 81 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah dalam operasi di sekitar Pokok Sena di sini.

Timbalan Komander Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Dato’ Abdul Jalil Hassan berkata, operasi bermula 4 petang semalam sehingga 12 tengahari, hari ini menumpukan pada enam lokasi dikenal pasti sebagai sarang penagih dadah.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah iaitu 9.66 gram heroin, 2.27 gram syabu, 1.30 gram ganja, 2,000 gram daun ketum dan dua liter air ketum.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama-sama JSJN Kedah dan dibantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, katanya.

Abdul Jalil berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 78 lelaki dan tiga wanita berumur antara 15 hingga 57 tahun itu dibawa ke IPK Kedah untuk menjalani ujian air kencing.

Beliau meminta kerjasama penduduk kampung agar melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka.

- BERNAMA

ArticlePublished 24 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM