Seramai 15 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun diberkas dalam serbuan menerusi Ops Tapis Bersepadu di beberapa lokasi di sekitar Pulau Perhentian di sini, Jumaat lalu.
Operasi yang melibatkan empat pegawai dan 19 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narikotik Daerah dan Pasukan Gerakan Marin selain enam kakitangan AADK Besut telah memeriksa 31 lelaki di sekitar pulau berkenaan.
Saringan air kencing mendapati 14 orang daripada mereka positif dadah dan seorang negatif dadah tetapi disyaki terlibat kes jenayah di pulau berkenaan.
Polis turut berjaya merampas sebotol plastik lut sinar berisi serbuk putih disyaki heroin, sebiji pil merah disyaki dadah pil kuda dan dua ketulan mampat bersaiz kecil tumbuh- tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja
Sumber: Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Polis Serbu Rumah Chalet
Seramai 15 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun diberkas dalam serbuan menerusi Ops Tapis Bersepadu di beberapa lokasi di sekitar Pulau Perhentian di sini, Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-rumah-chalet
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.