Polis Cheras Menumpaskan 3 Kes Jenayah
Cheras,
8 Oktober - ACP Mohan Singh S/O Tara Singh Ketua Polis Daerah Cheras
telah mengadakan satu sidang media berkenaan kejayaan tangkapan 3 kes
jenayah.
Kes
Pertama - Cawangan Kereta Peronda IPD Cheras telah menahan sebuah m/lori
yang dipandu oleh (2) lelaki tempatan bangsa India dalam keadaan
mencurigakan. Hasil pemeriksaan polis, telah menjumpai (1) batang besi
15 inci, (1) bilah pisau panjang 15 inci dan (1) batang besi runcing
bersalut pelekat warna hitam panjang 21 inci. Kedua-dua suspek telah
ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kes
Kedua - Bilik Gerakan IPD Cheras telah menerima aduan berkenaan orang
awam menjumpai sepucuk psitol di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Hasil
daripada siasatan polis telah menahan (3) lelaki Melayu untuk menbantu
siasatan dan pihak polis akan menghantar pistol tersebut ke makmal
forensik PDRM untuk siasatan lanjut.
Kes
Ketiga - Bertindak atas maklumat awam berkenaan sekumpulan lelaki Cina
yang terlibat dalam kes curi barang dalam kereta, sepasukan polis yang
diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Jalil telah berjaya menahan (2)
lelaki tempatan bangsa Cina yang sedang mengumpil kereta, di kawasan
Bukit Jalil. Hasil pemeriksaan kereta milik suspek pihak polis telah
menjumpai 154 keping kad kredit, 5 keping kad bank, 9 keping lesen
memandu, 7 kad pengenalan, 2 batang besi berbentuk Y dan 2 batang
'scrapper'
Hasil
siasatan, kedua-dua suspek telah mengaku terlibat dalam beberapa kes
curi barang dalam m/kar di sekitar kawasan Cheras dan Lembah Klang.
Kumpulan ini telah bergiat aktif selama 3 tahun dan polis percaya telah
berjaya menyelesaikan l/kurang 300 kes curi barang dalam kereta.




Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras