Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Shah Alam, 8 Oktober – Seorang lelaki berusia linkungan 26 tahun yang pernah ditahan dan dituduh di bawah kesalahan dadah sekali lagi ditahan pihak polis dalam satu intipan di sebuah pusat membeli bel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dadah-bernilai-rm45-ribu-dan-tumpas-sindeket-pe
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:32 MYT

Shah Alam, 8 Oktober – Seorang lelaki berusia linkungan 26 tahun yang pernah ditahan dan dituduh di bawah kesalahan dadah sekali lagi ditahan pihak polis dalam satu intipan di sebuah pusat membeli belah di Sunway oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan jenayah Narkotik Selangor pada 7 Oktober lalu. Suspek ditahan bersama beberapa bungkusan yang disyaki dadah jenis Heroin.

Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd shukri b. Dahlan memberitahu hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif dadah dan polis juga merampas lebih kurang 2,239 gram dadah dipercayai Heroin yang dianggarkan bernilai RM45 ribu. Suspek direman selama tujuh hari bermula pada 08.10.2013.

Dalam sidang media yang sama Ketua Polis Selangor memaklumkan satu sindiket penipuan 'Parcel Scam' telah dibongkar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor dengan tertangkapnya tujuh lelaki warga asing di dua lokasi berasingan di Batu Caves, Selangor pada 05.10.2013. Sindiket tersebut menggunakan wanita tempatan sebagai umpan untuk memperdaya mangsa melalui laman-laman sosial serta menyamar sebagai usahawan bagi melancarkan urusan penipuan. Kesemua suspek berumur antara 30 hingga 45 tahun.

Daripada pembongkaran kes tersebut pihak polis berjaya merampas pelbagai jenis telefon bimbit, computer riba, kad ATM dan sejumlah daun kering disyaki dadah jenis Ganja. Hasil saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah.

Pada 06.10.2013 lalu sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menahan dua lelaki bersama beberapa jenis senjata dan peralatan berbahaya di Plaza Amcorp Mall, Petaling Jaya. Kedua-dua suspek yang ditahan berumur antara 28 hingga 40 tahun. Menurut Ketua Polis Selangor hasil siasatan lanjut mendapati barang-barang dan peralatan yang dirampas tersebut dipercayai dibekalkan oleh seorang lelaki warganegara Thailand.

Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe
Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe
Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe
Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe
Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe
Polis Rampas Dadah Bernilai Rm45 Ribu Dan Tumpas Sindeket Pe

Sumber : HEA Ibu Pejabat Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM