Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Cheras Menumpaskan 3 Kes Jenayah

Published: 18 Jun 2014 2.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Cheras, 8 Oktober - ACP Mohan Singh S/O Tara Singh Ketua Polis Daerah Cheras telah mengadakan satu sidang media berkenaan kejayaan tangkapan 3 kes jenayah...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-cheras-menumpaskan-3-kes-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:54 MYT

Cheras, 8 Oktober - ACP Mohan Singh S/O Tara Singh Ketua Polis Daerah Cheras telah mengadakan satu sidang media berkenaan kejayaan tangkapan 3 kes jenayah.

Kes Pertama - Cawangan Kereta Peronda IPD Cheras telah menahan sebuah m/lori yang dipandu oleh (2) lelaki tempatan bangsa India dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan polis, telah menjumpai (1) batang besi 15 inci, (1) bilah pisau panjang 15 inci dan (1) batang besi runcing bersalut pelekat warna hitam panjang 21 inci. Kedua-dua suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Kes Kedua - Bilik Gerakan IPD Cheras telah menerima aduan berkenaan orang awam menjumpai sepucuk psitol di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Hasil daripada siasatan polis telah menahan (3) lelaki Melayu untuk menbantu siasatan dan pihak polis akan menghantar pistol tersebut ke makmal forensik PDRM untuk siasatan lanjut.

Kes Ketiga - Bertindak atas maklumat awam berkenaan sekumpulan lelaki Cina yang terlibat dalam kes curi barang dalam kereta, sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Jalil telah berjaya menahan (2) lelaki tempatan bangsa Cina yang sedang mengumpil kereta, di kawasan Bukit Jalil. Hasil pemeriksaan kereta milik suspek pihak polis telah menjumpai 154 keping kad kredit, 5 keping kad bank, 9 keping lesen memandu, 7 kad pengenalan, 2 batang besi berbentuk Y dan 2 batang 'scrapper'

Hasil siasatan, kedua-dua suspek telah mengaku terlibat dalam beberapa kes curi barang dalam m/kar di sekitar kawasan Cheras dan Lembah Klang. Kumpulan ini telah bergiat aktif selama 3 tahun dan polis percaya telah berjaya menyelesaikan l/kurang 300 kes curi barang dalam kereta.

Polis Cheras Menumpaskan 3 Kes Jenayah
Polis Cheras Menumpaskan 3 Kes Jenayah
Polis Cheras Menumpaskan 3 Kes Jenayah
Polis Cheras Menumpaskan 3 Kes Jenayah

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras
ArticlePublished 18 Jun 2014 2.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM