Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Suspek Tembak Betis Pembantu Mekanik Di Jalan Tuaran

Diterbitkan: 07 May 2015 9.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 7 Mei - Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-suspek-tembak-betis-pembantu-mekanik-di-jalan-tuaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:57 MYT


Kota Kinabalu, 7 Mei - Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.

"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.

Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 07 May 2015 9.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM