Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Pelajar Buang Janin Dalam Loji Kumbahan

Diterbitkan: 15 Jan 2016 2.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Terengganu kini memburu pelajar yang disyaki bertanggungjawab membuang janin perempuan yang cukup sifat dalam loji kumbahan sebuah kolej swasta di Setiu baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-pelajar-buang-janin-dalam-loji-kumbahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:01 MYT

Polis Terengganu kini memburu pelajar yang disyaki bertanggungjawab membuang janin perempuan yang cukup sifat dalam loji kumbahan sebuah kolej swasta di Setiu baru-baru ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah, siasatan awal polis mendapati janin terbabit keluar dari saluran tandas dari asrama kolej yang berdekatan dengan jaraknya hanya beberapa ratus meter sahaja.

Pihak polis menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan perkara di atas agar tampil menghubungi pihak polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di talian 09-6322222 untuk menyalurkan maklumat.

Sumber: Sinar Harian

Polis Buru Pelajar Buang Janin Dalam Loji Kumbahan
ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2016 2.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM