Artikel
Kempen Memerangi Denggi Peringkat Bukit Aman
Kuala Lumpur, 15 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah melancarkan kempen memerangi denggi yang berjalan serentak di seluruh kontinjen PDRM dengan...
Oleh: Siti Nursyafiqah Binti Zamri (Pelatih Praktikal)
Kuala Lumpur, 15 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah melancarkan kempen memerangi denggi yang berjalan serentak di seluruh kontinjen PDRM dengan penglibatan seluruh warganya dalam aktiviti pembersihan secara gotong royong yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Kempen yang diinisiatifkan oleh pucuk pimpinan PDRM itu telah memfokuskan kepada kawasan perumahan polis dan sekitarnya yang disyaki menjadi penyumbang kepada penularan wabak denggi.
Seramai 280 orang Pegawai Kanan dan Anggota Polis dari 9 Jabatan PDRM telah mengambil bahagian dengan masing-masing dibahagikan kepada lapan zon berasingan bagi tujuan aktiviti pembersihan secara besar-besaran.
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Zulkifli Abdullah yang mewakili pucuk pimpinan PDRM telah hadir merasmikan aktiviti murni ini di Mess Pegawai Kanan PDRM, Bukit Aman.
“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), kes denggi telah meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya, ia menunjukkan kes ini berada di paras yang membimbangkan Negara.
“Saya juga berharap warga PDRM bukan sahaja melaksanakan aktiviti ini di sini, malah menerapkannya di rumah dan pada masa yang sama dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kemas dan teratur” ujarnya sebelum menyertai peserta melakukan aktiviti gotong-royong.
Hadir sama adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) YM DCP Dato' Raja Musa Raja Razak, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Tuan Azisman Alias, para pegawai kanan, para Anggota Pangkat Rendah dan Pegawai Awam.

Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah ketika memberikan ucapan.

Antara Pegawai Kanan yang hadir.

Semasa taklimat penugasan.

Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah turut sama membersihkan longkang dalam gotong-royong di sekitar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Aktiviti gotong-royong di sekitar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.