Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Bekas Pekerja Kepala Penyamun

Published: 21 Mar 2017 9.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sungai Buloh, 21 Mac 2017 - Polis menahan lima lelaki disyaki aktif menyamun rangkaian kedai barangan elektrik Seng Heng sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-bekas-pekerja-kepala-penyamun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:47 MYT

Sungai Buloh, 21 Mac 2017 - Polis menahan lima lelaki disyaki aktif menyamun rangkaian kedai barangan elektrik Seng Heng sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan dilakukan susulan kes samun bersenjatakan parang berlaku di kedai Seng Heng di Sungai Buloh, 29 Januari lalu.

Katanya, suspek pertama ditangkap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu, Kuala Lumpur, pada 5 Mac lalu.

"Susulan itu, polis menahan empat rakannya dalam tiga serbuan berasingan di mana dua daripada mereka ditangkap di Taman Ikan Emas, manakala dua lagi di Bukit Antarabangsa dan Bukit Jalil.

"Siasatan mendapati, mereka yang berusia 27 hingga 34 tahun itu disyaki terbabit dalam empat kes rompakan di kedai Seng Heng iaitu di Nilai, Rawang, Subang Jaya dan Sungai Buloh sehingga menyebabkan kerugian RM236,517.

"Polis sedang memburu dalang utama sindiket terbabit, Mohd Yushezry Yusop, 34, atau dikenali Ayie dan suspek dikenal pasti sebagai bekas pekerja Seng Heng," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro

 
ArticlePublished 21 Mar 2017 9.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM