Langkawi, 21 Mac 2017 – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA’17), membuka tirainya hari ini yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak pagi tadi.
Pameran dwitahunan yang merupakan anjuran terbesar negara, berlangsung sehingga 25 Mac ini. Ia disertai sebanyak 550 syarikat daripada 38 negara, bersama 80 buah pesawat dan 68 buah kapal serta bot untuk dipamerkan sepanjang pameran berlangsung di negeri beras terbakar ini.
Para jemputan disajikan dengan persembahan udara oleh pesawat-pesawat tentera negara serta luar negara di pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Demonstrasi maritim menyelamatkan tebusan hasil gandingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di Resort World Porto Malai merupakan persembahan yang mengisi slot pembukaan LIMA’17 hari ini.
Selain persembahan maritim, PDRM juga turut terlibat sepanjang pameran LIMA’17 menerusi kawalan lalu lintas, keselamatan dan juga pameran.
Pameran selama tiga hari pertama akan memberi tumpuan kepada perdagangan dan akan dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat dan Sabtu.
Antara persembahan udara..
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar ketika menghadiri perasmian LIMA'17.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri perasmian LIMA'17.
Ketibaan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak pada perasmian LIMA'17.
Bacaan doa..
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak ketika memberikan ucapan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam PDRM, Dato' Sri Muhammad Sabtu Osman bersama Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd turut hadir pada perasmian LIMA'17.
Sekitar perasmian LIMA'17..
Antara persembahan udara..
Antara persembahan udara..
Antara persembahan udara..
Antara persembahan udara..
Sekitar lawatan pameran LIMA'17..
Sekitar lawatan pameran LIMA'17..
Sekitar lawatan pameran LIMA'17..
Sekitar persembahan Demonstrasi maritim di Resort World Porto Malai..