Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru 3 Lelaki

Published: 16 Jun 2014 12.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis memburu seorang anggota kumpulan samseng yang dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Sabah di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini Julai. Sehingga kini polis menahan tujuh lel..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-3-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:44 MYT

SHAH ALAM, 10 Ogos 2010 -- Polis memburu seorang anggota kumpulan samseng yang dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Sabah di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata suspek dikenali sebagai G Daneshkumar, 18, dengan alamat terakhir di Taman Julaiha, Hutan Melintang, Perak.

Sehingga kini polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang merupakan anggota kumpulan samseng terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Dalam kejadian pada 24 Julai lepas, Palsibal Jailani, 26, mati selepas diserang 10 lelaki di Flat Valencia.

Sementara itu, Noor Azam berkata polis juga ingin mencari seorang lelaki, Mohd Rizal Husnan, 34, yang alamat terakhir di Taman Sri Haniko, Semenyih, bagi membantu siasatan kes melarikan van keselamatan dan duit kutipan RM320,000 di Seksyen 11 di sini 12 Mac lepas.

"Dia adalah pemandu van keselamatan syarikat keselamatan terbabit dan ketika kejadian baru dua bulan bekerja," katanya.

Noor Azam berkata mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kesemua suspek terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55102222.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Noor Azam berkata jalan di kawasan bazar Ramadhan Stadium Shah Alam di sini akan ditukar menjadi aliran trafik sehala sepanjang Ramadhan ini bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata kawasan terbabit bermula dari susur persimpangan pangsapuri Brunsfield di Seksyen 13 di sini sehingga Bulatan Stadium berdekatan kawasan perumahan D'Kayangan.

"Aliran trafik akan ditukar menjadi sehala bermula pukul 4.30 petang sehingga 7.30 petang setiap hari termasuk hujung minggu," katanya.

Beliau berkata mereka yang memandu untuk ke bazar itu dari arah Bulatan Kayangan perlu melalui jalan di hadapan Stadium Shah Alam dan masuk melalui susur pasar raya besar Giant Seksyen 13 di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemandu mengikut arahan pegawai trafik yang bertugas bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM