Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bongkar Makmal Rampas Dadah Bernilai Rm300 000

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis turut merampas dua paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin dan tiga ketulan mampat disyaki berisi 'heroin base' yang masing-mas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-makmal-rampas-dadah-bernilai-rm300-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:27 MYT

Polis Bongkar Makmal, Rampas Dadah Bernilai Rm300,000

Kajang, 15 April - Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Orang Asli Kachau, Ulu Semenyih dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis turut merampas dua paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin dan tiga ketulan mampat disyaki berisi 'heroin base' yang masing-masing seberat 908.7 gram dan 1,134.6 gram dianggarkan bernilai RM300,000 serta pelbagai bahan kimia, dan beberapa peralatan memproses dadah.

"Polis menahan sepasang suami isteri yang berumur lingkungan 25 hingga 31 tahun dan pembantunya, 18 tahun, dalam serbuan pada 4 petang, 12 April lepas.

"Setakat ini kita hanya menahan tiga orang dan mengesyaki makmal itu baru beroperasi. Peralatan yang dirampas juga masih baharu dan ada yang belum diguna pakai," katanya kepada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan di rumah kampung Orang Asli yang juga dijadikan makmal memproses dadah.

Ab Rashid berkata siasatan awal polis mendapati suami kepada pasangan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan curi.

Katanya ketiga-tiga suspek ditahan reman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah (KPJ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM