Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bongkar Makmal Rampas Dadah Bernilai Rm250 000

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hasil maklumat yang diterima polis berjaya menahan lelaki berumur 41 tahun dalam serbuan pada pukul 1.45 pagi, 9 Mac lepas. Setakat ini kita hanya menahan seorang dan kita sedang menyiasat dan mencari..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-makmal-rampas-dadah-bernilai-rm250-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:35 MYT

George Town, 11 Mac - Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah di negeri ini dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah teres di Mount Erskine dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt S. Batumalai berkata polis turut merampas satu kilogram dadah jenis syabu dan dua kilogram serbuk putih
dipercayai dadah berbahaya bernilai RM250,000 dan pelbagai bahan kimia serta beberapa peralatan memproses dadah.

"Hasil maklumat yang diterima polis berjaya menahan lelaki berumur 41 tahun dalam serbuan pada pukul 1.45 pagi, 9 Mac lepas. Setakat ini kita hanya menahan seorang dan kita sedang menyiasat dan mencari kumpulan yang terlibat. Siastan awal mendapati makmal ini telah beroperasi selama tiga ke empat bulan dan dipercayai dadah ini untuk pasaran tempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya dan satu rekod di bawah kesalahan jenayah.


Batumalai berkata lelaki itu kini ditahan reman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Beliau juga meminta masyarakat setempat supaya menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya terdapat pergerakan yang mencurigakan atau bau yang tidak menyenangkan di kawasan perumahan masing-masing. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM