Article
Polis Bongkar Makmal Proses Dadah
Dalam serbuan terbabit, pihak polis telah merampas 1.67 kilogram (kg) syabu, cecair syabu, 112.13 kg pil berbagai warna, bahan-bahan kimia serta beberapa peral...
Kuala Lumpur, 12 Sept – Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah melancarkan satu serbuan ke atas sebuah premis kilang di Shah Alam pada 5 September lalu dan berjaya membongkar kegiatan makmal memproses dadah di premis terbabit.
Dalam serbuan terbabit, pihak polis telah merampas 1.67 kilogram (kg) syabu, cecair syabu, 112.13 kg pil berbagai warna, bahan-bahan kimia serta beberapa peralatan memproses dadah.
Anggaran nilai pasaran kesemua dadah yang dirampas adalah RM334,000 dan siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat.