Polis Bongkar Makmal Dadah Tahan Tiga Lelaki Tempatan Dan S
Kajang,
7 Jan - Polis membongkar sindiket makmal memproses dadah setelah
menyerbu sebuah rumah teres dan menahan tiga lelaki tempatan serta
seorang wanita warga Vietnam di Bandar Mahkota Cheras dekat sini.
Ketua
Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam serbuan kira-kira
pukul 2 petang Jumaat lepas, polis merampas sepucuk pistol jenis Colt
0.45 tanpa peluru dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.
Turut
dirampas sebanyak 618 biji ecstasy seberat 93.88 gram, beberapa
bungkusan serbuk disyaki dadah seberat 11,587.56 gram, serbuk Ketamine
84.57 gram, 70 biji Eramine seberat 19.56 gram bernilai RM50,000 serta
beberapa alat memproses dadah.
Beliau
memberitahu pemberita di sini hari ini, hasil siasatan mendapati wanita
Vietnam yang ditahan itu merupakan teman wanita seorang daripada suspek
yang ditahan dalam serbuan berkenaan, dan menambah rumah yang dijadikan
makmal memproses dadah itu disewa sejak setahun lepas.
Siasatan
awal mendapati dua lelaki daripada tiga suspek itu mempunyai rekod
jenayah lampau berkaitan dadah manakala seorang lagi dikehendaki polis
berkaitan kes dadah di Pulau Pinang.
Beliau berkata dadah yang diproses itu dipercayai untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu.
Kesemua suspek berusia lingkungan 22 dan 37 tahun itu ditahan reman enam hari.
Sumber : BERNAMA