Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Tiga Lelaki Rampas Dadah 150gram Syabu Bernilai Rm18 000

Published: 30 Jun 2016 5.18 AM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kota Kinabalu, 30 Jun - Polis di sini memberkas tiga lelaki, disyaki pengedar dadah, dan merampas 150gram dadah jenis syabu daripada mereka dalam serbuan di kawasan letak kereta berhampiran Tugu Peringatan Petagas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-tiga-lelaki-rampas-dadah-150gram-syabu-bernilai-rm18-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:35 MYT

Kota Kinabalu, 30 Jun - Polis di sini memberkas tiga lelaki, disyaki pengedar dadah, dan merampas 150gram dadah jenis syabu daripada mereka dalam serbuan di kawasan letak kereta berhampiran Tugu Peringatan Petagas.

Ketua Polis Daerah Bandaraya Kota Kinabalu M. Chandra berkata serbuan kira-kira jam 6.36 petang Selasa lepas itu dilakukan selepas polis menerima aduan awam berhubung kegiatan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Katanya dua daripada tiga suspek yang berumur antara 38 tahun hingga 47 tahun berkenaan adalah warga tempatan manakala seorang lagi pemegang dokumen IMM13.

"Anggaran harga dadah yang dijumpai dalam bungkusan plastik hitam dalamgenggaman salah seorang suspek ialah RM18,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata kesemua suspek kini direman sehingga 5 Julai bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut dirampas dalam serbuan berkenaan ialah sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan dua motosikal.-BERNAMA

ArticlePublished 30 Jun 2016 5.18 AMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM