Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Lelaki Rampas Pelbagai Jenis Dadah Bernilai Rm35 000

Published: 11 Jul 2014 2.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menurut Muhammad Azlee, suspek berusia 25 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah lampau kerana memiliki dadah iaitu pada 2009 dan 2010...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-lelaki-rampas-pelbagai-jenis-dadah-bernilai-rm35-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:15 MYT
Kuala Lumpur, 24 Jun - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM35,000 dalam serbuan di sebuah unit Rumah Bandaraya, Bukit Bangsar, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam serbuan 4 petang itu, polis menemui dadah meliputi heroin, syabu, ganja dan Erimin 5 di dalam peket-peket plastik di dalam rumah berkenaan.

Dadah terbabit dipercayai sedia untuk diedarkan kepada penagih di sekitar Lembah Klang, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Muhammad Azlee, suspek berusia 25 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah lampau kerana memiliki dadah iaitu pada 2009 dan 2010.

Katanya polis kini menyiasat sama ada suspek merupakan anggota sindiket pengedaran dadah terutama di kawasan Bangsar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM