Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Empat Warga Asing Rampas 1 1 Kg Ganja

Published: 11 Jul 2014 2.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Penahanan dan pemeriksaan ke atas seorang lelaki Timur Tengah telah membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki warga tersebut bersama sejumlah dadah di sebuah pangsapuri di sini, bulan lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-empat-warga-asing-rampas-1-1-kg-ganja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:33 MYT

POLIS BERKAS EMPAT WARGA ASING, RAMPAS 1.1 KG GANJA

Seri Kembangan, 8 Julai - Penahanan dan pemeriksaan ke atas seorang lelaki Timur Tengah telah membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki warga tersebut bersama sejumlah dadah di sebuah pangsapuri di sini, bulan lalu.

Dalam tangkapan awal oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selangor ke atas suspek yang pertama, pihak polis telah menjumpai ketulan ganja mampat seberat 31 gram dalam pakaian suspek.

Ekoran daripada penahanan tersebut, suspek kemudiannya membawa pihak polis ke sebuah pangsapuri di mana pihak polis telah membuat serbuan dan menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta menemui sejumlah satu kilogram ganja di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah seberat 1.1 kilogram itu dianggarkan bernilai RM3,500 dan kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

ArticlePublished 11 Jul 2014 2.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM