Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Bawa 2 Kg Dadah Diberkas

Diterbitkan: 11 Jul 2014 2.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki warga tempatan yang baru tiba di Balai Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan selepas pemeriksaan pihak polis menjumpai sejumlah dadah jenis syabu s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-bawa-2-kg-dadah-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:23 MYT

LELAKI BAWA 2 KG DADAH DIBERKAS

Kuala Lumpur, 8 Julai - Seorang lelaki warga tempatan yang baru tiba di Balai Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan selepas pemeriksaan pihak polis menjumpai sejumlah dadah jenis syabu seberat dua kilogram disembunyikan di dalam sebuah kotak pembesar suara yang dibawa oleh suspek, bulan lalu.

Suspek yang difahamkan baru tiba dari Sabah dan tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan dan diperksa oleh pihak polis selepas dia dikatakan berkelakuan mencurigakan.

Nilai harga pasaran dadah yang dirampas adalah berjumlah RM300,000 dan suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 2.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM