Polis Berkas Empat Lelaki Rampas Barangan Curi Bernilai Leb
Ledang,
3 Mac - Polis memberkas sekumpulan empat lelaki berusia antara 23
hingga 53 tahun dan menemui sejumlah barangan curi termasuk dua buah
kereta, masing-masing jenis Toyota Camry dan Perodua Viva, kesemuanya
bernilai lebih RM220,000 dalam satu serbuan di Gersek, Bukit Gambir di
sini baru-baru ini.
Ketua
Polis Daerah Ledang Supt Mohamed Salleh Abd Razak berkata kenderaan
jenis Toyota Camry model baharu berharga RM160,000 yang ditemui itu
dilaporkan hilang di Johor Baharu tahun lalu manakala Perodua Viva pula
milik seorang lelaki dari Taman Setia, Rawang, Sungai Mati.
Beliau
berkata barangan lain yang ditemui termasuk sebuah komputer riba,
televisyen 42 inci dan telefon bimbit yang dilaporkan turut hilang dari
sebuah rumah di Taman Setia, Rawang, Sungai Mati di sini.
Kesemua
lelaki itu direman sehingga esok untuk membantu siasatan dan akan
dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak pada hari yang sama (esok),
kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Siasatan lanjut mendapati dua daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai kesalahan lampau termasuk kes penyalahgunaan dadah.
Pada
25 Feb lalu, polis Ledang yang menerima maklumat daripada orang awam
telah membuat serbuan kira-kira pukul 4 petang ke atas sebuah premis di
Pekan Gersek, Bukit Gambir.
Sumber : BERNAMA