Polis Berkas Dua Lelaki Rampas Pistol Dan Senjata Tajam
Seremban,
8 Okt - Polis memberkas dua lelaki yang sebelum itu membaling keluar
sepucuk pistol dari kereta yang dinaiki mereka, berhampiran Plaza Tol
Lebuhraya Lekas, dekat sini pagi semalam.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata dalam
kejadian 10.15 pagi itu, suspek berusia 27 dan 56 tahun terbabit
berbuat demikian selepas menyedari mereka diekori oleh pihak polis.
Polis
sebelum itu mengesan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan
mencurigakan dan bertindak mengekorinya. Tidak lama kemudian anggota
polis terbabit ternampak satu objek hitam dibaling keluar dari kereta
itu.
Polis
kemudian bertindak menahan kereta terbabit dan pemeriksaan polis
menemukan pistol jenis Glock tidak jauh dari tempat suspek diberkas,
katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut Hamdan, pemeriksaan lanjut ke atas kereta suspek menemukan pelbagai senjata tajam termasuk tiga bilah parang.
Polis juga menemukan sembilan tiub dadah jenis heroin seberat 5.05 gram dan 1.62 gram ganja di dalam kereta berkenaan, katanya.
"Siasatan
awal mendapati kedua-dua lelaki yang berasal dari Johor itu mempunyai
rekod kesalahan lampau iaitu memiliki barangan curi dan peras ugut,"
katanya.
Hamdan
berkata polis juga percaya penangkapan dua suspek itu dapat membantu
menyelesaikan beberapa kes samun dan pecah rumah di negeri berkenaan.
Kedua-dua lelaki terbabit direman sehingga Isnin depan.
Sumber : BERNAMA