Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Dua Beradik Bantu Siasatan Kes Bunuh

Published: 16 Jun 2014 12.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis di sini berjaya memberkas dua lelaki adik-beradik berusia 16 dan 24 tahun yang juga Pendatang Tanpa Izin (PATI) bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang suri rumah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-dua-beradik-bantu-siasatan-kes-bunuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:23 MYT
TAWAU, 28 Julai 2010 -- Polis di sini berjaya memberkas dua lelaki adik-beradik berusia 16 dan 24 tahun yang juga Pendatang Tanpa Izin (PATI) bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang suri rumah awal pagi Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Imran Abdul Rahman berkata Rabu kedua-dua lelaki berkenaan diberkas sekitar jam 2 petang semalam di Jeti Felda Umas, ketika cuba melarikan diri, kira-kira lapan kilometer dari tempat mereka disyaki melakukan jenayah.

Katanya kedua-dua lelaki yang berasal dari Lombok, Indonesia itu baru tiba di Kalabakan tiga atau empat hari lepas dan bekerja di gerai suami mangsa.

Menurut Imran pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek berkenaan membawa kepada penemuan barang kemas, sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM1,500.

Polis tidak menolak kemungkinan kematian wanita berkenaan bermotifkan samun dan kedua-dua suspek berjaya ditahan atas bantuan orang ramai.

Menurut Imran kira-kira jam 7.30 pagi semalam, suri rumah yang dikenali sebagai Mak Cik Yu, 54, ditemui mati oleh ahli keluarga di dalam rumahnya dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kaki terikat kebelakang serta mulut dan hidung disumbat dengan kain.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumah kerana anak dan suaminya keluar bekerja dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
ArticlePublished 16 Jun 2014 12.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM