Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 28 Penagih

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Narkotik Johor menahan 28 penagih dadah termasuk tiga warga asing dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Jeti Stulang Laut..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-28-penagih
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:17 MYT

JOHOR BAHARU, 28 Julai 2010 -- Jabatan Narkotik Johor menahan 28 penagih dadah termasuk tiga warga asing dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Jeti Stulang Laut di sini pada Rabu.

Pegawai Turus Operasi Risikan dan Tahanan Jabatan Narkotik Johor, DSP Hamazah Abd Razak berkata penagih yang kesemuanya lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan hasil operasi selama tiga jam mulai pukul 8 pagi.

Didapati ada antara mereka merupakan penagih tegar yang pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini, katanya.

Operasi dilakukan di kawasan pintu keluar-masuk ke negeri ini, bersama Unit Anjing Pengesan, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Hamazah berkata polis turut menemui sejumlah dadah dari beberapa penagih.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM