Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas 36 Penagih Dadah Tegar Melalui Ops Tapis

Published: 18 Jun 2014 3.04 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Besut, 29 Okt - Sebanyak 36 individu disyaki penagih dadah tegar ditahan dalam beberapa serbuan polis di sekitar daerah ini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-36-penagih-dadah-tegar-melalui-ops-tapis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:48 MYT
Polis Berkas 36 Penagih Dadah Tegar Melalui Ops Tapis
 
>

Besut, 29 Okt - Sebanyak 36 individu disyaki penagih dadah tegar ditahan dalam beberapa serbuan polis di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dua daripada yang ditahan itu merupakan suspek kes curi motosikal.

Kesemua mereka berusia antara 16 hingga 56 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis dan Cantas Khas oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut yang bermula 11 malam Ahad dan berakhir 9 pagi semalam, katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata seorang daripada yang ditahan itu dipercayai pengedar dadah selepas polis menemui sejumlah 91 biji pil dipercayai methamphetamine pada lelaki itu.

Beliau berkata polis turut memeriksa 59 kereta, 10 motosikal dan tiga van pada empat sekatan jalan raya yang dibuat dalam operasi khas itu. Enam saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.04 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM