Polis Berjaya Temui Kereta Hadiah Abpbh
Polis Berjaya Temui Kereta Hadiah ABPBH
Polis
berjaya menemui semula kereta mewah Nissan Fairlady 370Z Coupe yang
juga hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 di
Taman Skudai, Johor Bahru selepas dilarikan dari sebuah pusat servis di Segambut, Sabtu lalu.
Kereta berkenaan ditemui ditinggalkan di tepi jalan sebuah taman perumahan kira-kira jam 1 pagi.
Hasil
siasatan mendapati, kereta berkenaan sudah mempunyai pembeli dan
sengaja ditinggalkan di situ untuk diambil pembeli terbabit.
Polis
sedang mengesan suspek utama berdasarkan rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) di premis terbabit selain modus operandi yang digunakannya dalam
beberapa kejadian curi kereta sebelum ini.
Sumber: Berita Harian
