Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berjaya Temui Kereta Hadiah Abpbh

Published: 17 Jun 2014 2.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menemui semula kereta mewah Nissan Fairlady 370Z Coupe yang juga hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 di Taman Skudai, Johor Bahru selepas dilarikan dari sebu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-temui-kereta-hadiah-abpbh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:28 MYT

Polis Berjaya Temui Kereta Hadiah ABPBH

Polis berjaya menemui semula kereta mewah Nissan Fairlady 370Z Coupe yang juga hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 di Taman Skudai, Johor Bahru selepas dilarikan dari seb
uah pusat servis di Segambut, Sabtu lalu.

Kereta berkenaan ditemui ditinggalkan di tepi jalan sebuah taman perumahan kira-kira jam 1 pagi.

Hasil siasatan mendapati, kereta berkenaan sudah mempunyai pembeli dan sengaja ditinggalkan di situ untuk diambil pembeli terbabit.

Polis sedang mengesan suspek utama berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit selain modus operandi yang digunakannya dalam beberapa kejadian curi kereta sebelum ini.

Sumber: Berita Harian
Polis Berjaya Temui Kereta Hadiah Abpbh

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM