Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berjaya Tahan Tiga Lelaki Selepas Dua Jam Pecah Rumah

Published: 16 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUANTAN, 28 Sept (Bernama) -- Tindakan pantas polis berjaya menahan tiga lelaki selepas dua jam mereka memecah masuk rumah seorang pesara guru di Batu Setengah Jalan Cheroh di Raub awal pagi Isnin...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-tahan-tiga-lelaki-selepas-dua-jam-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT

KUANTAN, 28 Sept (Bernama) -- Tindakan pantas polis berjaya menahan tiga lelaki selepas dua jam mereka memecah masuk rumah seorang pesara guru di Batu Setengah Jalan Cheroh di Raub awal pagi Isnin.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan kira-kira 5 pagi selepas memecah masuk rumah pesara guru itu pada kira-kira 2.40 pagi.

Barang milik pesara guru berkenaan iaitu pemain DVD, telefon bimbit dan mata wang asing bernilai RM1,200 ditemui pada lelaki itu, katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Ketika kejadian, katanya pesara guru berusia 66 tahun itu yang tidur di rumah mentuanya di kawasan berhampiran telah menerima panggilan daripada syarikat penggera memaklumkan alat penggera di rumahnya berbunyi.

"Mangsa kemudian terus pergi ke rumahnya untuk memeriksa dan mendapati terdapat kesan rumahnya diselongkar selain beberapa barangan berharga hilang dan membuat laporan polis," katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM