Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Menahan 3 Lelaki Dan 1 Wanita Terbabit Kes Pen

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dalam pada masa yang sama, seorang perempuan melayu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah telah berjaya ditahan di Kawasan Perindustrian Semambu Kuantan, Pahang . Hasil pemeriksaan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-menahan-3-lelaki-dan-1-wanita-terbabit-kes-pen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:36 MYT

Seorang lelaki india yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah telah berjaya ditahan oleh pihak Polis . Hasil pemeriksaan tersebut menemui dadah disyaki jenis Ganja seberat 0.3 gram, Syabu seberat 0.5 gram dan Heroin 15.4 gram. Susulan penahanan itu, polis juga telah berjaya menahan dua lagi lelaki india di kawasan yang sama. Hasil pemeriksaan menemui dadah disyaki jenis Heroin seberat 124 gram

Dalam pada masa yang sama, seorang perempuan melayu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah telah berjaya ditahan di Kawasan Perindustrian Semambu Kuantan, Pahang . Hasil pemeriksaan tersebut menemui ketulan kehijauan disyaki dadah jenis Heroin seberat 60gram.

Kes-kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sidang media oleh Supt Yap Toon Khuan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah telah diadakan sebentar tadi di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bagi melaporkan kejayaan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam kes berikut :

1) Serbuan pada 10/05/2013 jam lebih kurang 12.30 pagi di tepi jalan berhampiran rumah di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berjaya menahan seorang lelaki india yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Hasil pemeriksaan tersebut menemui dadah disyaki jenis Ganja seberat 0.3 gram, Syabu seberat 0.5 gram dan Heroin 15.4 gram;

2) Hasil soal siasat daripada penahanan seorang lelaki india di atas (para 1), pada 10/05/2013 jam lebih kurang 1.30 pagi turut telah berjaya menahan dua lagi lelaki india di kawasan yang sama. Hasil pemeriksaan menemui dadah disyaki jenis Heroin seberat 124 gram;

3) Serbuan pada 11/05/2013 jam lebih kurang 3.00 petang di Kawasan Perindustrian Semambu Kuantan, Pahang berjaya menahan seorang perempuan melayu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Hasil pemeriksaan tersebut menemui ketulan kehijauan disyaki dadah jenis Heroin seberat 60gram.

Kesemua bekalan dadah tersebut dibawa daripada Kuala Lumpur untuk diedarkan kepada penagih-penagih dadah di sekitar bandar Kuantan.

Kes-kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Polis Berjaya Menahan 3 Lelaki Dan 1 Wanita Terbabit Kes Pen
Supt Yap Toon Khuan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuantan, Pahang

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM