Polis Berjaya Menahan 3 Lelaki Dan 1 Wanita Terbabit Kes Pen
Seorang
lelaki india yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah
telah berjaya ditahan oleh pihak Polis . Hasil pemeriksaan tersebut
menemui dadah disyaki jenis Ganja seberat 0.3 gram, Syabu seberat 0.5
gram dan Heroin 15.4 gram. Susulan penahanan itu, polis juga telah
berjaya menahan dua lagi lelaki india di kawasan yang sama. Hasil
pemeriksaan menemui dadah disyaki jenis Heroin seberat 124 gram
Dalam
pada masa yang sama, seorang perempuan melayu yang dipercayai terlibat
dalam kegiatan pengedaran dadah telah berjaya ditahan di Kawasan
Perindustrian Semambu Kuantan, Pahang . Hasil pemeriksaan tersebut
menemui ketulan kehijauan disyaki dadah jenis Heroin seberat 60gram.
Kes-kes
ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Sidang
media oleh Supt Yap Toon Khuan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah telah
diadakan sebentar tadi di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang
bagi melaporkan kejayaan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam
kes berikut :
1)
Serbuan pada 10/05/2013 jam lebih kurang 12.30 pagi di tepi jalan
berhampiran rumah di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berjaya menahan
seorang lelaki india yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran
dadah. Hasil pemeriksaan tersebut menemui dadah disyaki jenis Ganja
seberat 0.3 gram, Syabu seberat 0.5 gram dan Heroin 15.4 gram;
2)
Hasil soal siasat daripada penahanan seorang lelaki india di atas (para
1), pada 10/05/2013 jam lebih kurang 1.30 pagi turut telah berjaya
menahan dua lagi lelaki india di kawasan yang sama. Hasil pemeriksaan
menemui dadah disyaki jenis Heroin seberat 124 gram;
3)
Serbuan pada 11/05/2013 jam lebih kurang 3.00 petang di Kawasan
Perindustrian Semambu Kuantan, Pahang berjaya menahan seorang perempuan
melayu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Hasil
pemeriksaan tersebut menemui ketulan kehijauan disyaki dadah jenis
Heroin seberat 60gram.
Kesemua
bekalan dadah tersebut dibawa daripada Kuala Lumpur untuk diedarkan
kepada penagih-penagih dadah di sekitar bandar Kuantan.
Kes-kes
ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Supt Yap Toon Khuan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuantan, Pahang