15
Julai 2013 – Tindakan pantas Polis Perak mengadakan sekatan jalanraya
sejurus menerima laporan rompak bersenjata di Kampar membawa kejayaan
apabila berjaya memberkas seorang ahli Geng Hilux.
Dalam
Sidang Media yang diadakan jam 2.30 petang di IPK Perak, YDH Timbalan
Ketua Polis Perak SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam memaklumkan pihak
polis menerima dua laporan polis semalam berkaitan dengan dua kejadian
rompak bersenjata dan Polis Perak terus menggerakkan anggota di seluruh
Perak bagi menjejak tiga lelaki India yang melarikan diri dengan menaiki
Proton Perdana dan Toyota Hilux.
Dalam
kejadian pertama di pada 14 Julai 2013 jam l/kurang 8.30 malam, (3)
lelaki India memakai ski mask bersenjatakan parang dan sepucuk pistol
telah memecah masuk ke sebuah rumah di Jalan Bendi, Taman Sejahtera,
Kampar yang dihuni oleh (1) lelaki Melayu bersama isteri dan dua
anaknya. Saspek telah merampas telefon bimbit dan dompet mangsa serta
cuba mengambil kunci m/kar Hilux milik mangsa. Mangsa telah bertindak
mengambil sebilah parang dan telah berlaku pergelutan, saspek telah
melepaskan satu das tembakan yang terkena di perut depan mangsa dan juga
mengenai peha kanan anak lelaki mangsa berumur 13 tahun. Ketiga-tiga
suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta Perdana warna
gelap.
Ketiga-tiga
suspek yang sama kemudiannya menuju ke Jalan Kampar pada jam lebih
kurang 9 malam dan menyerang mangsa lain iaitu (1) lelaki Cina yang
berada di dalam m/kar Hilux di kilang besi milik mangsa di Jalan Kampar,
Langkap. (2) lelaki India bersenjatakan parang dan bertopeng keluar
dari m/karnya dan terus meletakkan parang di leher mangsa dan merampas
harta mangsa. Dua suspek kemudiannya melarikan Hilux milik mangsa dan
seorang lagi suspek melarikan diri dengan Proton Perdana.
Pada
jam lebih kurang 11.30 malam, pasukan polis yang sedang melakukan
sekatan jalan raya menyedari sebuah Proton Perdana yang disyaki dinaiki
suspek membuat pusingan U dan lari dari sekatan. Pasukan Polis
kemudiannya mengejar suspek sehingga suspek terbabas di tepi Jalan
Langkap-Kampar. Tangkapan telah dibuat keatas saspek 1(L)(India) berusia
33 tahun bersama barang-barang rompakan yang telah diambil di rumah
mangsa pertama di Jalan Bendi, Taman Sejahtera.
Polis
kini sedang giat menjejak dua lagi suspek yang masih bebas. Kes
disiasat di bawah Sek 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang
jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman mati.


Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Polis Berjaya Berkas Ahli Geng Hilux
15 Julai 2013 – Tindakan pantas Polis Perak mengadakan sekatan jalanraya sejurus menerima laporan rompak bersenjata di Kampar membawa kejayaan apabila berjaya memberkas seorang ahli Geng Hilux...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-berkas-ahli-geng-hilux
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.