Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
ianya sebagai peningkatan bukan sahaja dalam budaya kerja, tetapi sebagai platform untuk mengkaji, mempelajari, menganalisa serta memperkayakan ilmu dari pelbagai dimensi selain membantu PDRM menjadi
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berilmu-sejajar-dengan-gagasan-transformasi-kerajaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT

Kuala Lumpur, 13 Februari 2011   - "Sebagai Badan Penguatkuasaan undang-undang negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu mempunyai pegawai yang berilmu dan berpendidikan sesuai dengan kehendak masa dan keadaan masa kini," ujar Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Komisioner Polis (CP) Dato' Robiah  binti Abdul Ghani dalam ucapannya sempena Majlis Makan Malam Post Graduasi Pelajar Sulung PLK PDRM FRS Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Maktab PDRM Kuala Lumpur pada hari ini.

Dalam ucapannya juga, program Pengajian Luar Kampus Diploma Sains Sukan (DSS) di UiTM Shah Alam ini juga sebagai sinambungan dalam menyahut dasar transfomasi kerajaan di era liberalisasi dan globalisasi juga sebagai persedian pasukan PDRM untuk mengharungi era ledakan teknologi maklumat tersebut.

Tambahnya lagi, ianya sebagai peningkatan bukan sahaja dalam budaya kerja, tetapi sebagai platform untuk mengkaji, mempelajari, menganalisa serta memperkayakan ilmu dari pelbagai dimensi selain membantu PDRM menjadi sebuah pasukan yang benar-benar profesional, berdedikasi, berwibawa dan efektif, sesuai dengan keperluan masyarakat.

Dalam pada itu, majlis itu adalah untuk meraikan seramai 18 graduan yang terdiri daripada warga PDRM yang telah menamatkan pengajian dalam Program Diploma Sains Sukan UiTM dengan jayanya pada Oktober tahun lalu.

Difahamkan, terdapat 83 lagi pelajar yang masih mengikuti pengajian tersebut yang terdiri daripada 2 orang Inspektor dan 81 orang anggota.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik PDRM, YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Abdullah bin Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Awam) UiTM, Y.Bhg Prof. Dr. Azni binti Zain Ahmed, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pensyarah-pensyarah UiTM.

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
Penyambut tetamu, terdiri daripada pelajar-plajar Diploma Sains Sukan

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
Ucapan oleh YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM, mewakili YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
Persembahan tarian oleh Kor SUKSIS UiTM...

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Abdullah bin Mohamad Said menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
Cenderahati kepada YDH CP Dato' Robiah...

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
YDH CP Dato' Robiah menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Abdullah bin Mohamad Said

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
Bergambar Kenangan...

Polis Berilmu Sejajar Dengan Gagasan Transformasi Kerajaan
Bergambar Kenangan bersama penerima-penerima anugerah



WARTAWAN  : KONST IRFAN BIN BUJANG
JURUFOTO   : L/KPL EDWIN INDO
PENYUNTING : SJN ZAIDDIN DAHALAN

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM