Artikel
Pdrm Rangkul Naib Johan Sepanduk Terbaik Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
Rakyat Malaysia haruslah mengikis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahupun ses...
PUTRAJAYA, 15 Februari 2011
"Bersamalah
kita membina negara yang tercinta ini dengan nilai kasih
sayang dan persefahaman. Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina
janganlah kita runtuhkan hanya kerana mencari keuntungan yang
sementara," titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Wathiqu
Billah Tuanku Mizan Zainal
Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada majlis
sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bertemakan 1Malaysia 1Ummah
di Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin.
Baginda bertitah, setiap rakyat Malaysia haruslah mengikis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat.
Titah baginda lagi, sentimen perkauman yang sempit mestilah dibanteras daripada awal sebelum ia membarah dalam masyarakat.
Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana sambutan Maulidur Rasul memberi makna tersendiri kepada seluruh umat Islam dan bersama membuktikan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya menghayati sejarah dan perjuangan Rasulullah bagi menegakkan Islam yang tercinta.
Baginda bertitah, nilai-nilai murni yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W telah membawa panduan kehidupan yang baik untuk diikuti serta mampu menyatukan seluruh umat manusia sekiranya semua pihak ikhlas berbuat demikian.
"Contohnya dalam kepimpinan keluarga, baginda merupakan contoh teladan yang terbaik. Baginda mampu memperlihatkan akhlak yang sangat terpuji sebelum diangkat menjadi Rasul. Akhlak baginda bukan sahaja cemerlang dalam hubungan dengan Allah S.W.T tetapi juga amat indah dalam hubungan sesama manusia," titah baginda.
"Jasa dan sumbangan Rasulullah sewajarnya dihargai seluruh umat Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh. Hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar akan menghasilkan natijah yang terbaik sama ada di dunia mahupun akhirat", titah Seri Paduka Baginda.
Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan menyeru seluruh umat Islam agar terus berusaha mempertingkatkan pencapaian yang dimiliki sekarang supaya umat dan negara terus cemerlang.
Titah baginda sebagai seorang Muslim yang cintakan Rasulullah S.A.W, seharusnya hari ini iaitu 12 Rabiulawal yang merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, harus menjadi hari yang paling menggembirkan umat Islam.
"Oleh yang demikian wajarlah setiap individu memahami dan menjiwai semangat sambutan ini dengan bersungguh-sungguh," titah baginda.
Turut hadir di Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan ialah Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Terdahulu sebanyak 114 kontinjen dengan 10,315 peserta terdiri daripada kontinjen kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah menyertai perhimpunan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Mereka berarak sejauh 2.4km sambil berselawat dari Dataran Putra sehingga ke Qiblat Walk di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Kontinjen Polis Diraja Malaysia, seramai 105 pegawai dan anggota, diketuai oleh DSP Mohd Fadzil bin Ali, Urusetia BAKA Bukit Aman, dengan tema warna hijau, telah merangkul Naib Johan, 'Sepanduk Terbaik' sempena perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
'Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah' - Surah Al-Azab , ayat 21.

Persiapan seawal pagi di Dataran Putra

Antara yang terlibat mewakili kontinjen Polis Diraja Malaysia

Kontinjen Polis Diraja Malaysia bertemakan warna hijau

depan sekali...DSP Mohd Fadzil bin Ali, Urusetia BAKA Bukit Aman mengetuai kontinjen PDRM

Bergambar kenangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir...
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : L/Kpl Mohd Khaidzir bin Mahmad