
Polis Awasi Kediaman Pada Musim Perayaan
Orang ramai yang akan pulang bercuti ke kampung halaman semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan agar mengisi borang pemberitahuan agar kediaman mereka dapat diawasi oleh pihak polis.
Ia bagi memudahkan anggota polis membuat rondaan di kawasan kurang didiami penduduk sekali gus mengelakkan berlakunya jenayah pecah rumah terutamanya ketika lebaran nanti.
Pihak polis sediakan borang untuk diisi supaya anggota polis sama ada Unit Rondaan Bermotosikal (URB), kereta peronda dan anggota polis yang lain membuat pemantauan untuk memastikan kediaman mereka selamat.
Sumber: Kosmo