
Bagi mengekang kegiatan sindiket judi bola Piala Dunia 2018 kali ini, PolisDiraja Malaysia (PDRM) telah mengatur strategi bersama pihak berkuasa semua negara ASEAN dan Polis Antarabangsa (Interpol) menerusi Op Soccer Gambling (Soga) VII.
PDRM juga sudah mewujudkan hubungan kerja dengan Asean Football Confederation dan menggerakkan pasukan khas termasuk Unit Siber dan Multimedia dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau semua web pertaruhan judi.
Kolaborasi bersama negara ASEAN diambil berikutan trend perubahan judi bola sepak yang menyaksikan sindiket menggunakan medium online berbanding kaedah konvensional sebelum ini.
Pihak polis memantau seluruh negeri dalam memastikan kegiatan judi bola dikekang secara besar-besaran, namun pemantauan lebih dilakukan di negeri 'hot spot' seperti Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Sumber: Kosmo