Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Video Pilihan Polis Buru Dua Individu Conteng Mural Pemimpin

Diterbitkan: 20 Jul 2020 11.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu dipercayai wanita menconteng mural gergasi memaparkan imej pemimpin negara di Seksyen U12, Shah Alam, menjadi viral sejak tengah hari Isnin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-video-pilihan-polis-buru-dua-individu-conteng-mural-pemimpin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:47 MYT
Kuala Lumpur, 20 Julai 2020 - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu dipercayai wanita menconteng mural gergasi memaparkan imej pemimpin negara di Seksyen U12, Shah Alam, menjadi viral sejak tengah hari Isnin.
 
Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.
 
Mereka dipercayai menconteng kata-kata kesat terhadap gambar pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong sebelum beredar.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk memburu individu yang bertanggungjawab.
 
"Laporan polis dibuat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11.53 pagi di Balai Polis Seksyen 6 dan kes disiasat mengikut Seksyen 504/427 Kanun Keseksaan.
 
"Pihak MBSA juga bertindak membersih dan mengecat semula dinding berkenaan," katanya.
 
Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkan kepada ASP Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran.
 
Sumber: Astro Awani dan Syaril Said
 
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2020 11.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM