Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Jangan Ambil Mudah Covid 19 Pm

Diterbitkan: 20 Jul 2020 9.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin, berharap Malaysia tidak akan kembali kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi impak besar terhadap ekonomi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-jangan-ambil-mudah-covid-19-pm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:58 MYT

Kuala Lumpur, 20 Jun 2020 - Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin, berharap Malaysia tidak akan kembali kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi impak besar terhadap ekonomi.

Beliau menjelaskan, penutupan sektor ekonomi menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurang RM2 bilion sehari, selain jutaan pekerja di Malaysia hilang sumber pendapatan.

"Ia juga menidakkan usaha kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memulih dan menjana ekonomi.

"Justeru, situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua. Saya pasti saudara-saudari tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan 'lockdown' jika kes COVID-19 meningkat mendadak," katanya dalam Perutusan Khas PKP Pemulihan (PKPP), hari ini.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2020 9.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM