Pkpp Covid 19 Video Pilihan Op Samseng Khas 20 Mat Rempit Dicekup
Damansara, 9 Ogos 2020 - Pihak polis telah menahan 20 samseng jalanan menerusi sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara–Puchong, awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DSP Huzaili Yaakob berkata, sebanyak 216 penunggang motosikal telah diperiksa dan terdapat satu kes motosikal ditunggang oleh seorang wanita yang menggunakan nombor pendaftaran palsu ditahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Operasi yang melibatkan 12 orang pegawai dan 65 anggota bersama Agensi Antidadah Kebangsaan itu turut menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Buletin TV3
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
