Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Op Benteng Kawalan Ketat Elak Sempadan Dibolosi Pati
Kuala Lumpur, 9 Ogos 2020 - Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata justeru bagi memastikan sempadan negara tidak dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI), agensi penguatkuasaan terus memperketat kawalan, terutama di lorong tikus.
Beliau berkata, selain mengekang jenayah rentas sempadan, operasi penguatkuasaan dijalankan bagi membendung penyebaran COVID-19.
"Operasi Benteng yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM), mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak COVID-19.
"Semalam, PDRM telah mengadakan 65 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 26,794 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI, terutama di lorong tikus.
"PDRM berjaya menangkap seorang warga asing kerana kesalahan imigresen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut seperti pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/kawalan-ketat-elak-sempadan-di…
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
